Menyusuri jejak para aulia’, merasai kemanisan ilmu, dan ketenangan di bumi Hadramaut bersama bimbingan petugas berpengalaman.
Berkumpul di KLIA, penerbangan ke Salalah. Urusan daftar masuk hotel transit dan rehat.
Menziarahi Maqam Nabi Ayyub A.S di perbukitan Jabal Ittin dan Maqam Nabi Umran A.S. Menikmati keindahan alam Salalah sebelum memasuki bumi Yaman.
Bertolak awal pagi menuju sempadan Shahan. Urusan visa dan dokumentasi. Perjalanan diteruskan ke Wadi Hadramaut. Tiba di Tarim, daftar masuk penginapan dan Rehat Sepenuhnya.
Sesi taaruf adab dan ziarah kompleks maqam para aulia’ dan ulama’ besar Bani Alawi. Sebelah malam: Menghadiri Majlis Qasidah/Maulid.
Ziarah Masjid Al-Muhdhar (menara tanah liat tertinggi), Masjid Ba’alawi, dan Masjid Jami’ Tarim yang penuh barakah.
Peluang keemasan menghadiri majlis ilmu (Rauhah) bersama para Masyayikh di Dar Al-Mustafa atau Ribat Tarim
Perjalanan ke Wadi Ahqaf untuk menziarahi maqam Nabi Allah Hud A.S. Lokasi yang sangat tenang dan penuh rahsia sejarah
Ziarah ke bandar pencakar langit tanah liat tertua di dunia dan melawat Istana Sultan di Seiyun
Pertemuan khas (jika diizinkan) dengan ulama tempatan untuk mengambil ijazah amalan dan nasihat rohani
Waktu bebas untuk jemaah membeli-belah barangan asli Hadramaut (Madu Sidr, Siwak, Kitab, & Jubah) sebagai buah tangan
Perjalanan pulang menuju sempadan dan terus ke Salalah untuk persiapan penerbangan pulang
Penerbangan dari Oman dan dijangka tiba di KLIA dengan membawa semangat dan sinar rohani yang baru









